KATAK HIJAU

Rabu, 8 Mei 2013



CINTA!

Siapa yang mahu cinta mereka berhenti di tengah jalan. Tiada siapa pun yang mahu percintaan mereka di akhiri dengan kekecewaan. Tetapi itulah yang sering dialami kebanyakan daripada kita. Pada yang bernasib baik, saat pertama cinta mereka berputik, itulah jodoh mereka. Ada pula yang sudah berkali-kali bercinta tetap juga jodoh mereka berakhir.

Perkahwinan dikatakan kemuncak pada percintaan seseorang. Yalah, siapa tak nak berkahwin dengan orang yang dicintai? Yang aku pelik bila dengar ada orang mahu bercinta sahaja, tapi tak nak berkahwin. Tak mahu ada komitmen katanya. Huhu...for those yang bercinta dengan orang macam ni better tinggalkan sahaja. Perkahwinan anda tak dapat. Menambah dosa lagi adalah.

Ada pulak orang yang mahu berkahwin dan dicintai tetapi tiada jodoh yang datang. Selalu benda begini berlaku. Ada sesetengah orang yang terlalu mengharap hingga mereka tidak percaya lagi ada cinta sejati. bersabarlah, mungkin apa yang kita harapkan mungkin bukan yang terbaik untuk kita. Tetapi percayalah, Allah dah merencanakan yang terbaik untuk kita. Sentiasa berdoa dan perbaiki diri.

Pernah tak alami situasi begini? Bila kita tengah bercinta dengan seseorang, ada sahaja yang nak usha masuk line. Tapi time single tak ade orang nak datang. Haha, mulalah fikir macam-macam. Tak apa, sekali lagi, sentiasa berdoa dan perbaiki diri.

Akhir kata kita semua ni ada jodoh masing²... Tidak di dunia, mungkin di syurga. Wallahua'lam.
Ape² pun macam tadi,sentiasa berdoa dan perbaiki diri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan